Followers

KEPENTINGAN BLOG UNTUK GURU

Guru boleh membuat sebarang pengumuman berkaitan mata pelajaran yang diajar. Guru juga boleh memberikan sesuatu tugasan berkaitan mata pelajaran melalui tulisan dalam blog sekiranya tidak dapat hadir semasa pembelajaran di sekolah. melalui cara ini, proses pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan tanpa sebarang masalah dari segi masa selain dapat meningkatkan kualiti pendidikan yang sedia ada di negara kita.



KEPENTINGAN BLOG UNTUK PELAJAR

Mendorong pelajar untuk berkongsi sesuatu maklumat dengan pelajar di sekolah - sekolah lain. melalui blog, pelajar dapat berkongsi pengetahuan, pengalaman, perasaan, pendapat dan lain - lain dengan menggunakan tulisan, gambar, mahupun maklumat berbentuk video. Blog merupakan laman untuk mencoretkan idea yang terpendam selain menjadi laman berkarya. Idea dan karya yang baik boleh diiktiraf agar pelajar lebih terdorong untuk meluahkan apa yangada dalam pemikiran mereka. Penghargaan tidak hanya berbentuk material bahkan, boleh juga berbentuk pujian serta kritikan yang membina.



PETIKAN

CUTI - CUTI MALAYSIA

Petikan 1

Perkara pertama yang perlu dilaksanakan untuk memajukan pelancongan ialah pihak kerajaan perlu mengadakan kempen melalui media massa dan media elektronik. Melalui kempen yang dilaksanakan, keunikan dan kelebihan pusat pelancongan dalam dapat disebarkan kepada masyarakat tempatan dan pelancong asing dengan pantas. Kerajaan mesti melipatgandakan usaha memperkenalkan Malaysia dengan melancarkan pelbagai program pembangunan pelancongan, jika tidak industri ini akan terus hilang ditelan zaman, sekaligus mengurangkan pendapatan penduduk setempat. Kempen merupakan langkah berkesan dalam usaha memajukan pelancongan agar industri ini tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas ditelan arus kemodenan.




Petikan 2

Seterusnya untuk memajukan pelancongan agar terus berkembang dengan menyediakan kemudahan yang lengkap dan moden. Hal ini demikian kerana, kemudahan yang sempurna akan menarik minat pengunjung untuk pergi ke destinasi tersebut. Dan apabila mereka pulang ke tempat asal sudah pasti meraka akan menghebahkannya kepada rakan - rakan. Dalam hal ini, Kementerian Pelancongan haruslah menlengkapkan infrastruktur di negara kita sebagai tarikan kepada para pelancong. Selain itu, kemasukan pelancong asing akan dapat meningkatkan ekonomi negara kita melalui pengaliran mata wang asing. Usaha menaik taraf destinasi pelancongan ini merangkumi infrastruktur seperti rumah penginapan, siber kafe, bekalan air bersih, kafe dan kemudahan asas yang lain. Seandainya pihak kerajaan menjalankan tanggungjawab seperti melepaskan batuk ditangga, maka industri pelancongan negara akan terus berada pada takuk yang sama. Pihak Kementerian Pelancongan perlulah menyediakan infrastruktur agar industri pelancongan di negara kita terus berkembang maju.



Petikan 3

Selain itu, pihak pengurusan 'homestay' perlu menyediakan pelbagai aktiviti rekreasi sebagai satu usaha untuk memajukan industri pelancongan desa di negara kita. Aktiviti rekreasi perlu dilaksanakan dengan lebih efektif kerana aktiviti tersebut merupakan daya tarikan utama kepada pelancongan desa. Sebagai contohnya, mereka boleh memperkenalkan permainan tradisional masyarakat Melayu seperti gasing, congkak, wau dan sebagainya. Mereka juga boleh mengadakan pertandingan tarian, aktiviti menuai padi, dan pertandingan membuat kraftangan. Disamping dapat memperkenalkan budaya tempatan kepada pelancong asing, aktiviti ini juga dapat mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan mereka. Melalui aktiviti ini, banyak nilai murni dapat diserap dalam jiwa pelancong - pelancong kerana ketika menyertai aktiviti - aktiviti tersebut mereka diasuh untuk saling membantu ibarat hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah. Seandainya aktiviti rekreasi tidak dilaksanakan dengan penuh komitmen, sudah pasti industri pelancongan desa akan terus mundur dan berada di takuk lama.


No comments:

Post a Comment