Followers

KEPENTINGAN BLOG UNTUK GURU

Guru boleh membuat sebarang pengumuman berkaitan mata pelajaran yang diajar. Guru juga boleh memberikan sesuatu tugasan berkaitan mata pelajaran melalui tulisan dalam blog sekiranya tidak dapat hadir semasa pembelajaran di sekolah. melalui cara ini, proses pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan tanpa sebarang masalah dari segi masa selain dapat meningkatkan kualiti pendidikan yang sedia ada di negara kita.



KEPENTINGAN BLOG UNTUK PELAJAR

Mendorong pelajar untuk berkongsi sesuatu maklumat dengan pelajar di sekolah - sekolah lain. melalui blog, pelajar dapat berkongsi pengetahuan, pengalaman, perasaan, pendapat dan lain - lain dengan menggunakan tulisan, gambar, mahupun maklumat berbentuk video. Blog merupakan laman untuk mencoretkan idea yang terpendam selain menjadi laman berkarya. Idea dan karya yang baik boleh diiktiraf agar pelajar lebih terdorong untuk meluahkan apa yangada dalam pemikiran mereka. Penghargaan tidak hanya berbentuk material bahkan, boleh juga berbentuk pujian serta kritikan yang membina.



16 December, 2014

PUISI UNTUKMU MALAYSIA

Malaysiaku, Kaulah lambang keangungan bangsamu Gah bergaya di persada dunia Antara negara-negara bangsa Lahirmu bebas merdeka Setelah bergelut pelbagai sengsara Bebas dari kesengsaraan yang membelenggu negara Kau bangun dengan seribu daya Tonggak keagungan segala budaya Di dadamu ada segalanya Ada bangsa yang berwibawa Ada budaya yang pelbagai citarasa Malaysiaku, Kini usiamu setengah abad sudah Kebangkitanmu begitu terasa Dengan seribu kemenangan Malaysiaku, Kau ibarat gadis manis Menjadi impian setiap jejaka Yang mengintai di segenap ruang jendela Memikat dan memujamu Dirimu jinak-jinak merpati Dipandang boleh ditangkap lari Ini kerana pada dirimu ada segalanya Yang sering menjadi igauan setiap teruna Malaysiaku, Keindahanmu begitu terasa, Senyumanmu Mampu menarik sesiapa saja untuk menyapa Keindahan pantai yang putih, Pemandangan yang indah Bangunan berbagai-bagai rupa Masakan enak rasanya Siapa yang telah ke sini Pasti teruja untuk kembali lagi Itulah, Malaysiaku negara tercinta.

No comments:

Post a Comment