Followers

KEPENTINGAN BLOG UNTUK GURU

Guru boleh membuat sebarang pengumuman berkaitan mata pelajaran yang diajar. Guru juga boleh memberikan sesuatu tugasan berkaitan mata pelajaran melalui tulisan dalam blog sekiranya tidak dapat hadir semasa pembelajaran di sekolah. melalui cara ini, proses pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan tanpa sebarang masalah dari segi masa selain dapat meningkatkan kualiti pendidikan yang sedia ada di negara kita.



KEPENTINGAN BLOG UNTUK PELAJAR

Mendorong pelajar untuk berkongsi sesuatu maklumat dengan pelajar di sekolah - sekolah lain. melalui blog, pelajar dapat berkongsi pengetahuan, pengalaman, perasaan, pendapat dan lain - lain dengan menggunakan tulisan, gambar, mahupun maklumat berbentuk video. Blog merupakan laman untuk mencoretkan idea yang terpendam selain menjadi laman berkarya. Idea dan karya yang baik boleh diiktiraf agar pelajar lebih terdorong untuk meluahkan apa yangada dalam pemikiran mereka. Penghargaan tidak hanya berbentuk material bahkan, boleh juga berbentuk pujian serta kritikan yang membina.



16 December, 2014

Program Cuti - cuti Malaysia

Program Cuti-Cuti Malaysia yang diperkenalkan oleh Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan pada tahun 1999 berjaya mengubah pandangan percutian domestik dalam kalangan penduduk negara ini. Rakyat Malaysia sudah melihat percutian sebagai satu keperluan hidup. Mereka tidak lagi menganggap pergi bercuti sebagai satu pembaziran wang, tenaga, atau masa. Oleh hal yang demikian, kerajaan memperkenalkan program tersebut untuk menggalakkan rakyat pergi melancong dalam negeri. Kerajaan menyedari bahawa dengan bercuti rakyat dapat merehatkan minda sekali gus dapat mempertingkatkan kualiti hidup seseorang. Perjuangan kerajaan untuk memenuhi keperluan hidup rakyat dapat dikatakan selesai khususnya dalam aspek penyediaan kemudahan asas untuk hidup. Rakyat digalakkan beriadah, bersukan, bersantai, serta bercuti kerana semua aktiviti itu adalah untuk meningkatkan kualiti hidup mereka. Seseorang itu perlu berehat, kerana apabila seseorang berada dalam keadaan letih dan lesu produktivitinya pasti menurun. Apabila seseorang itu pergi bercuti, mereka bukan sahaja dapat berseronok dengan keluarga, malah pada masa yang sama menimba pelbagai pengetahuan dan pengalaman baru. Program Cuti-Cuti Malaysia juga memberi peluang kepada rakyat negara ini mengenal tempat-tempat menarik dalam negeri sendiri sekali gus membantu untuk merancakkan sektor pelancongan domestik. Memang tidak dapat dinafikan bahawa bukan semua rakyat Malaysia mengenal tempat sendiri. Tegasnya, melancong dalam negeri jauh lebih murah berbanding dengan melancong ke luar negara. Oleh hal demikian, komponen terpenting dan utama dalam percutian ialah soal berkaitan dengan kos pengangkutan. Dengan memandu sendiri, berkongsi kereta atau menaiki kenderaan pengangkutan awam seperti bas dan kereta api, kos pengangkutan dapat dijimatkan. Pada masa yang sama, aktiviti berbelanja dapat mempercepat aliran pusingan wang bagi menjana ekonomi negara. Sebelum Program Cuti-Cuti Malaysia diperkenalkan, kadar penginapan bilik di hotel-hotel di negara ini amat menyedihkan, tetapi selepas itu kadar penginapan bilik mencecah antara 40 hingga 80 peratus khususnya pada musim cuti sekolah dan cuti umum. Oleh itu, kerajaan yakin sektor pelancongan akan menjadi salah satu penyumbang utama ekonomi negara jika diberi perhatian serius. Selepas melalui kegawatan ekonomi yang begitu meruncing pada tahun 1997, kerajaan sudah melihat bahawa negara tidak boleh bergantung selamanya kepada ekonomi luar negara. Oleh itu, kerajaan membuat keputusan untuk memperkukuh sektor pelancongan domestik sebagai satu industri yang akan menyumbang kepada pendapatan negara. Setelah sektor pelancongan domestik memperlihatkan momentum perkembangan yang menarik, Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan telah memperluas usaha menarik kedatangan para pelancong luar ke negara ini khususnya dari negara-negara di rantau Asia Tenggara dan Asia seperti Singapura, Thailand, Indonesia, Hong Kong, Taiwan, China, serta negara-negara di Asia Barat. (Dipetik dan diubah suai daripada petikan Pelancongan domestik momentum baru ekonomi oleh Rozaman Ismail, Utusan Malaysia, 20 Ogos 2003)

No comments:

Post a Comment